Petang yang dingin lantaran kehangatan cahaya matahari yang telah ditutupi oleh sang awan.Angin yang mendayu dari luar jendela telah menyedarkan Valleera dari lamunannya.Valleera melihat jam di dinding biliknya yang menunjukkan pukul 3.30 petang.Dia bersiap dan terus berjalan ke taman untuk bertemu dengan Qistina kerana telah berjanji untuk mengulangkaji pelajaran bersama.



Qistina: Assalamualaikum,Valleera sudah lamakah awak sampai?saya minta maaf kerana terlambat

Valleera: Waalaikumussalam,Qistina.Tidak apa-apa awak tidak perlu meminta maaf,saya juga baru
sampai disini (senyap seketika)

Qistina: Valleera sudahkah awak mengetahui bahawa pihak kerajaan akan mewajibkan remaja
menguasai teknologi maklumat pada tahun hadapan?Tambahan pula,pelajaran ICT juga turut
di perkenalkan di sekolah-sekolah menengah

Valleera: Ya, saya ada juga terdengar daripada buah mulut masyarakat serta terbaca di dada-dada
akhbar ibarat"pisang goreng panas".Pada tafsiran saya dengan adanya sistem ini dapat
melatih para remaja yang kurang celik IT.Oleh itu,mereka tidaklah boleh di ibaratkan
"sepeti katak di bawah tempurung"sekiranya di tanya tentang IT.

Qistina: (mengangguk) Tepat sekali! terdapat pelbagai kebaikan atau kelebihan menguasai
teknologi maklumat bagi golongan remaja

Valleera: saya bersetuju.Antara faedah yang dominan ialah apabila melayari laman sesawang atau
di kenali sebagai"internet"kita acap kali terdengar laman sosial yang boleh di
ibaratkan "sebagai pucuk di cita ulam mendatang"untuk menambah kenalan.Tamsilannya
muka buku atau di kenali sebagai"facebook",twitter,myspace dan sabagainya.Dengan
adanya laman ini kita dapat menambah atau mengenali rakan kita di pelusuk dunia.
Sehubungan dengan itu,kita dapat mengeratkan perpaduan kerana terdapat pelbagai bangsa
yang memiliki atau menceburi laman sesawang.

Qistina: Benar kata awak itu Valleera. Memang tidak dinafikan lagi dengan adanya teknologi ini
kita dapat bertukar-tukar pendapat di antara satu sama lain serta dapat mempelajari
bahasa-bahasa lain.Tamsilannya melalui laman google kita dapat mengetahui pelbagai
bahasa yang di sediakan contonhnya bahasa Inggeris,Arab dan sebagainya.Melalui cara ini
kita dapat memantapkan lagi penggunaan bahasa kedua kita.Senario ini persis kata-kata
Hamka"berunding cerdik pandai,faham dua menjadi satu"

Valleera: (senyap seketika sambil mengangguk).Tambahan pula, bagi pelajar yang bakal menduduki
peperiksaan SPM atau STPM seperti kita pada tahun ini amat penting untuk mendalami
ilmu pengetahuan atau isu semasa yang melanda dunia era ini. Dalam erti kata lain
sekiranya tiada kemudahan ini maka kita tidak akan dapat mengetahui polemik yang
melanda dunia.Sebagai contoh di Amerika Syarikat yang telah di timpa taufan Irene.
Sehubungan dengan ini, dengan adanya IT maklumat hanya di hujung jari.Kita tidak perlu
memerah tenaga ibarat"ke bukit sama didaki ke lurah sama di turuni"hanya taip dan tekan sahaja maklumat akan keluar dengan terperinci

Qistina: (tersenyum dengan lebar)Benarlah dengan adanya maklumat atau fakta ini dapat membantu
kita bagi pelajar SPM yang bakal menduduki peperiksaan untuk merangka karangan yang
lebih berkesan dan efisien.Lantaran itu kita haruslah berusaha seperti"anai-anai makan
kayu"untuk mencari fakta yang benar bak kata pepatah melayu"kalau tidak dipecahkan
ruyung manakah nak dapat sagunya"

Valleera: Hebat awak berkata-kata.Saya kagum dengan peribahasa yang telah awak sampaikan.
Sementalahan dengan adanya kemudahan ini kita dapat menambahkan perbelanjaan atau di
di kenali bagi golongan remaja iaitu istilah "duit poket".Secara analoginya dengan
membuat pemasaran melalui internet barang yang kita tidak gunakan atau barangan hasil
karya kita sepeti kraftangan,novel dan sebagainya.

Qistina: Ya.Tidak lupa kepada sesiapa yang mahir dalam bidang jahitan mereka bolehlah memasarkan
tempahan baju dengan memberi harga yang berpatutan kepada pelanggan.Justeru dapat
menambahkan perbelanjaan mereka.

Valleera: Benar kata awak, Qistina tidak lupa dalam proses pembelajaran. Dengan adanya internet
golongan remaja dapat menerokai ilmu pengetahuan dengan lebih luas dan cepat serta
tidak membuang masa kerana sabda Rasulullah ada menyatakan "wahai umat manusia
janganlah sekali-kali engkau melengah-lengahkan masa kerana masa itu emas"

Qistina: Betul.Sebagai contoh pada laman You-tube.Laman ini bukan sahaja mengandungi lagu-lagu
tetapi mengandungi ilmu pengetahuan.Sekiranya remaja mempunyai akal dan sepeti
"lebah menghimpun madu"sanggup mencari kerana hendak mempelajari dengan mudah dan cepat
pasti mereka akan memperolehi.Seperti yang kita maklum pada laman You-tube turut
mempunyai gejala negatif tapi kita haruslah memikirkan natijahnya,sekiranya kita
malayari laman itu dengan tulus dan ikhlas Insyaallah tiada apa-apa akan berlaku

Valleera: (ketawa)kalau begitu balik karang saya ingin melayari laman You-tube untuk mendengar
lagu dan mencari maklumat

Qistina: (menggeleng)Inilah budak zaman sekarang.Mereka hanya tahu berseronok walhal merekalah
akal tunjang bakal pemimpin negara pada masa akan datang.Sahabat yang di kasihi SPM
hanya menghitung jari sahaja tidak perlulah anda bergembira mendengar lagu.Jika di
tolak dengan masa tidur,makan,mandi,sembahyang,rehat tidak cukup 24 jam.Dengarlah
pesanan daripada George Elliot jangan membuang masa walaupun sesaat hanya memikirkan
perkara yang tidak penting


Valleera: (senyum)saya hanya bergurau.Tapi walaubagaimanapun saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada awak kerana sudi memberi nasihat atau tunjuk ajar kepada saya. Saya berjanji
akan belajar bersungguh-sungguh untuk membanggakan keluarga saya


Qistina: Jika kerbau dipegang talinya,manusia dipegang janjinya.(senyum)saya harap awak tidak
hanya berkata-kata buktikan kepada semua.


Valleera: Insyaallah.(senyap seketika)saya berpendapat saya ingin menjalankan perniagaan secara
kecil-kecilan dalam internet umpama"sambil menyelam minum air" semasa menunggu
keputusan SPM keluar serta tawaran daripada universiti.Sehubungan dengan ini saya
saya tidak akan membuang masa kerana dengan adanya perniagaan ini saya akan dapat
melakukan pekerjaan yang berfaedah.Senario ini persis dengan peribahasa melayu
mencegah lebih baik dari mengubati

Qistina: (menggelengkan kepala sambil tersenyum)Tapi benar juga kata awak dapatlah kita membuka
perniagaan bersama-sama.Benar kata rakan-rakan di sekolah iaitu kita boleh diibaratkan
bagai beliung dengan asahan.


Valleera: (senyum) betul itu. saya rasa kita sudah terpesong agak jauh dari tujuan asal nawaitu
kita ini.(ketawa) saya rasa kita harus mulakan sesi ulangkaji kita.Saya takut masa
mencemburui kita.

Qistina: (ketawa)Benar kata awak baiklah kita mulakan dengan bahasa melayu dulu.


Pada petang yang hening dengan burung berkicauan pulang mencari rezeki mereka khusyuk menelaah sambil bergurau senda untuk mengelakkan tekanan yang di hadapi.Benarlah kata-kata mantan Perdana Menteri kita senda atau ketawa merupakan ubat untuk mengelakkan tekanan atau di kenali sebagai "stress".