Petang yang dingin lantaran kehangatan cahaya matahari yang telah ditutupi oleh sang awan.Angin yang mendayu dari luar jendela telah menyedarkan Valleera dari lamunannya.Valleera melihat jam di dinding biliknya yang menunjukkan pukul 3.30 petang.Dia bersiap dan terus berjalan ke taman untuk bertemu dengan Qistina kerana telah berjanji untuk mengulangkaji pelajaran bersama.



Qistina: Assalamualaikum,Valleera sudah lamakah awak sampai?saya minta maaf kerana terlambat

Valleera: Waalaikumussalam,Qistina.Tidak apa-apa awak tidak perlu meminta maaf,saya juga baru
sampai disini (senyap seketika)

Qistina: Valleera sudahkah awak mengetahui bahawa pihak kerajaan akan mewajibkan remaja
menguasai teknologi maklumat pada tahun hadapan?Tambahan pula,pelajaran ICT juga turut
di perkenalkan di sekolah-sekolah menengah

Valleera: Ya, saya ada juga terdengar daripada buah mulut masyarakat serta terbaca di dada-dada
akhbar ibarat"pisang goreng panas".Pada tafsiran saya dengan adanya sistem ini dapat
melatih para remaja yang kurang celik IT.Oleh itu,mereka tidaklah boleh di ibaratkan
"sepeti katak di bawah tempurung"sekiranya di tanya tentang IT.

Qistina: (mengangguk) Tepat sekali! terdapat pelbagai kebaikan atau kelebihan menguasai
teknologi maklumat bagi golongan remaja

Valleera: saya bersetuju.Antara faedah yang dominan ialah apabila melayari laman sesawang atau
di kenali sebagai"internet"kita acap kali terdengar laman sosial yang boleh di
ibaratkan "sebagai pucuk di cita ulam mendatang"untuk menambah kenalan.Tamsilannya
muka buku atau di kenali sebagai"facebook",twitter,myspace dan sabagainya.Dengan
adanya laman ini kita dapat menambah atau mengenali rakan kita di pelusuk dunia.
Sehubungan dengan itu,kita dapat mengeratkan perpaduan kerana terdapat pelbagai bangsa
yang memiliki atau menceburi laman sesawang.

Qistina: Benar kata awak itu Valleera. Memang tidak dinafikan lagi dengan adanya teknologi ini
kita dapat bertukar-tukar pendapat di antara satu sama lain serta dapat mempelajari
bahasa-bahasa lain.Tamsilannya melalui laman google kita dapat mengetahui pelbagai
bahasa yang di sediakan contonhnya bahasa Inggeris,Arab dan sebagainya.Melalui cara ini
kita dapat memantapkan lagi penggunaan bahasa kedua kita.Senario ini persis kata-kata
Hamka"berunding cerdik pandai,faham dua menjadi satu"

Valleera: (senyap seketika sambil mengangguk).Tambahan pula, bagi pelajar yang bakal menduduki
peperiksaan SPM atau STPM seperti kita pada tahun ini amat penting untuk mendalami
ilmu pengetahuan atau isu semasa yang melanda dunia era ini. Dalam erti kata lain
sekiranya tiada kemudahan ini maka kita tidak akan dapat mengetahui polemik yang
melanda dunia.Sebagai contoh di Amerika Syarikat yang telah di timpa taufan Irene.
Sehubungan dengan ini, dengan adanya IT maklumat hanya di hujung jari.Kita tidak perlu
memerah tenaga ibarat"ke bukit sama didaki ke lurah sama di turuni"hanya taip dan tekan sahaja maklumat akan keluar dengan terperinci

Qistina: (tersenyum dengan lebar)Benarlah dengan adanya maklumat atau fakta ini dapat membantu
kita bagi pelajar SPM yang bakal menduduki peperiksaan untuk merangka karangan yang
lebih berkesan dan efisien.Lantaran itu kita haruslah berusaha seperti"anai-anai makan
kayu"untuk mencari fakta yang benar bak kata pepatah melayu"kalau tidak dipecahkan
ruyung manakah nak dapat sagunya"

Valleera: Hebat awak berkata-kata.Saya kagum dengan peribahasa yang telah awak sampaikan.
Sementalahan dengan adanya kemudahan ini kita dapat menambahkan perbelanjaan atau di
di kenali bagi golongan remaja iaitu istilah "duit poket".Secara analoginya dengan
membuat pemasaran melalui internet barang yang kita tidak gunakan atau barangan hasil
karya kita sepeti kraftangan,novel dan sebagainya.

Qistina: Ya.Tidak lupa kepada sesiapa yang mahir dalam bidang jahitan mereka bolehlah memasarkan
tempahan baju dengan memberi harga yang berpatutan kepada pelanggan.Justeru dapat
menambahkan perbelanjaan mereka.

Valleera: Benar kata awak, Qistina tidak lupa dalam proses pembelajaran. Dengan adanya internet
golongan remaja dapat menerokai ilmu pengetahuan dengan lebih luas dan cepat serta
tidak membuang masa kerana sabda Rasulullah ada menyatakan "wahai umat manusia
janganlah sekali-kali engkau melengah-lengahkan masa kerana masa itu emas"

Qistina: Betul.Sebagai contoh pada laman You-tube.Laman ini bukan sahaja mengandungi lagu-lagu
tetapi mengandungi ilmu pengetahuan.Sekiranya remaja mempunyai akal dan sepeti
"lebah menghimpun madu"sanggup mencari kerana hendak mempelajari dengan mudah dan cepat
pasti mereka akan memperolehi.Seperti yang kita maklum pada laman You-tube turut
mempunyai gejala negatif tapi kita haruslah memikirkan natijahnya,sekiranya kita
malayari laman itu dengan tulus dan ikhlas Insyaallah tiada apa-apa akan berlaku

Valleera: (ketawa)kalau begitu balik karang saya ingin melayari laman You-tube untuk mendengar
lagu dan mencari maklumat

Qistina: (menggeleng)Inilah budak zaman sekarang.Mereka hanya tahu berseronok walhal merekalah
akal tunjang bakal pemimpin negara pada masa akan datang.Sahabat yang di kasihi SPM
hanya menghitung jari sahaja tidak perlulah anda bergembira mendengar lagu.Jika di
tolak dengan masa tidur,makan,mandi,sembahyang,rehat tidak cukup 24 jam.Dengarlah
pesanan daripada George Elliot jangan membuang masa walaupun sesaat hanya memikirkan
perkara yang tidak penting


Valleera: (senyum)saya hanya bergurau.Tapi walaubagaimanapun saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada awak kerana sudi memberi nasihat atau tunjuk ajar kepada saya. Saya berjanji
akan belajar bersungguh-sungguh untuk membanggakan keluarga saya


Qistina: Jika kerbau dipegang talinya,manusia dipegang janjinya.(senyum)saya harap awak tidak
hanya berkata-kata buktikan kepada semua.


Valleera: Insyaallah.(senyap seketika)saya berpendapat saya ingin menjalankan perniagaan secara
kecil-kecilan dalam internet umpama"sambil menyelam minum air" semasa menunggu
keputusan SPM keluar serta tawaran daripada universiti.Sehubungan dengan ini saya
saya tidak akan membuang masa kerana dengan adanya perniagaan ini saya akan dapat
melakukan pekerjaan yang berfaedah.Senario ini persis dengan peribahasa melayu
mencegah lebih baik dari mengubati

Qistina: (menggelengkan kepala sambil tersenyum)Tapi benar juga kata awak dapatlah kita membuka
perniagaan bersama-sama.Benar kata rakan-rakan di sekolah iaitu kita boleh diibaratkan
bagai beliung dengan asahan.


Valleera: (senyum) betul itu. saya rasa kita sudah terpesong agak jauh dari tujuan asal nawaitu
kita ini.(ketawa) saya rasa kita harus mulakan sesi ulangkaji kita.Saya takut masa
mencemburui kita.

Qistina: (ketawa)Benar kata awak baiklah kita mulakan dengan bahasa melayu dulu.


Pada petang yang hening dengan burung berkicauan pulang mencari rezeki mereka khusyuk menelaah sambil bergurau senda untuk mengelakkan tekanan yang di hadapi.Benarlah kata-kata mantan Perdana Menteri kita senda atau ketawa merupakan ubat untuk mengelakkan tekanan atau di kenali sebagai "stress".

punca pembuangan bayi dan cara menangani nya

Statistik menunjukkan anggaran kes pembuangan bayi semakin meningkat sebanyak 98% dari semasa ke semasa.Menurut hasil kajian yang telah dijalankan.Pegawai kesihatan mendapati angka kematian pembuangan bayi lebih tinggi berbanding bayi yang masih hidup iaitu 55 kematian , manakala 20 orang yang masih hidup .Seterusnya purata golongan yang terlibat dalam kes ini ialah dalam kalangan remaja . Menurut kajian jabatan kesihatan terdapat heterogen perencah yanh menyebabkan ramai remaja terlibat dalam kegiatan haram ini.Persoalannya apakah punca - punca dan langkah- langkah yang perlu dilakukan untuk menangani polimik ini?
Antara perencah yang dominan yang menyebabkan golongan muda terjebak dalam kemelut ini ialah sikap mereka yang berdarah setampuk pinang dan ingin mencuba melakukan seks selepas menonton video pornografi .Apabila naluri ingin melakukan persetubuhan haram itu membuak - buak seolah - olah "gunung berapi yang ingin meletus " maka nafsu serakha akan bermaharaja lela . Senario ini persis dengan kata - kata Abu Bakar al-waraaq iaitu apabila hawa nafsu berkuasa , gelap gelita lah hati , apabila hati gelap gelita ,sempitlah dada dan apabila dada sempit , maka akan buruklah tingkah laku dan apabila kelakuan seseorang itu buruk , ia akan dibenci oleh semua mahluk . Justeru bagi menutup keaiban diri ,  remaja tersebut sanggup mengambil keputusan yang lebih hina daripada binatang iaitu dengan cara menggugurkan janin atau membuang bayi yang sejurus dilahirkan . Hal ini tidak ubah seperti di zaman Jahiliah. Oleh itu, bagi menangani kemelut ini daripada berleluasa golongan remaja haruslah menghindari diri daripada melihat atau menonton gambar-gambar dan video - video luncah.
Tambahan pula , masalah keluarga juga merupakan penyumbang yang utama dalam kegiatan pembuangan bayi.Kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa membuatkan remaja mudah terjerumus dalam gejala ini.Hal ini berlaku apabila sikap ibu bapa yang lebih mementingkan materialistik akan menyebabkan anak-anak ketandusan kasih sayang daripada keluarga.Justeru remaja akan menagih kasih sayang ibarat melekut di tepi gantang daripada orang luar.Namun di sebalik kesulitan itu , terdapat segelintir individu yang mengambil kesempatan ibarat udang disebalik batu terhadap golongan remaja . Seterusnya disebabkan sikap ibu bapa yang taksub dengan harta duniawi menyebabkan golongan remaja tidak mendapat didikan agama . Oleh itu , golongan muda tidak takut akan azab atau pembalasan yang akan diteima sekiranya mereka melakukan perbuatan yang terkutuk itu.Sesungguhnya ibu bapa seharusnya memberikan tumpuan dan didikan yang optimum kepada anak - anak mereka sejak kecil lagi bak kata pepatah melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya atau anak - anak ibarat kain putih ibu bapa lah yang perlu mencorakkanya
Manakala langkah - langkah pencegahan yang perlu diambil bagi membendung kemelut ini daripada terus berleluasa ialah masyarakat perlulah mempunyai sikap "menjaga tepi kain orang " dalam membanteras polimik buang bayi ini .Hal ini boleh diibaratkan "bagai aur dengan tebing".Mereka seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat mengelakkan anak-anak muda daripada terjebak dalam kegiatan najis yang tidak bermoral iaitu melakukan persetubuhan haram yang akan menjerumus kepada kancah pembuangan bayi , Tamsilannya , mereka boleh menjana aktiviti gotong-royong , pertandingan memasak dan sepak raga . Sejajar dengan itu , aktiviti - aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta memupuk perpaduan antara kaum. Benarlah kata-kata Perdana Menteri Malaysia "perpaduan teras kejayaan".Selain itu , mereka dapat memenuhi masa yang terluang dengan cara yang berfaedah kerana masa itu boleh diibaratkan seperti emas. Di  samping itu , masyarakat yang perihatin perlu di perkasakan justeru dapat mengurangkan kes pembuangan bayi sekiranya masyarakat melaporkan gejala yang tidak bermoral itu kepada pihak berkuasa . Jelaslah bahawa kerjasama masyarakat ibarat "ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni" dalam menjamin  kesejahteraan serta kemajuan negara .
Di samping itu , kerajaan juga perlu memainkan peranan dalam  menangani masalah pembuangan bayi.Pihak kerajaan perlulah mengetatkan undang - undang berkaitan dengan kegiatan yang tidak bermoral ini .
Oleh itu , pihak yang terlibat akan berasa takut untuk melakukannya seolah - olah "tikus ternampak kucing".Seterusnya pihak kerajaan haruslah kerap mengadakan kempen kesedaran mengenai kemelut pembuangan bayi di sekolah - sekolah dan juga di kampung - kampung . Oleh itu , melalui kempen ini , masyarakat akan sedar tentang bahaya nya membuang bayi . Justeru mereka akan menghindari diri daripada terjebak dalam gejala ini . Jelaslah bahawa , pihak kerajaan perlulah sinergi dengan rakyat dan menjauhi sikap evasif dalam membendung kegiatan yang tidak bermoral ini.
Konklusinya , sekiranya gejala buang bayi ini tidak di cegah ini akan membawa kepada impak negatif kepada negara kerana imej negara telah tercemar dan dipandang rendah , walaupun hanya segelintir masyarakat yang melakukannya. Senario ini persis peribahasa melayu iaitu "kerana nila setitik rosak susu sebelanga".Oleh itu , golongan anak muda mestilah mempunyai sikap cintakan negara dengan memusuhi kegiatan terhina ini. Golongan remaja juga haruslah bijak dalam menempuh cabaran -  cabaran yang datang menguji mereka demi masa depan yang cerah. Pendek kata remaja lah menjadi tunggak masa depan dan merupakan tulang belakang mereka sendiri. Sekiranya mereka menginginkan masa depan yang cerah meraka akan berusaha menggapainya. Namun sebaliknya remaja tidak akan mengendahkan kehidupan mereka , keseronokan sahajalah yang menjadi pegangan hidup golongan muda ini. Benarlah kata Darwin iaitu dengan kemahuan yang  keras dan tekad yang bulat pasti dapat.

Punca - punca berlakunya gejala lumba haram(Up 1)

Belakangan ini isu lumba haram menjadi isu hangat di dada akhbar ibarat pisang goreng panas . Menurut kamus Dewan Bahasa lumba dikonotasikan sebagai bersaing , Manakala haram bermaksud perkara yang tidak boleh dilakukan . Persoalannya  apakah punca - punca berlakunya gejala lumba haram?
Perasaan remaja yang berdarah setampuk pinang menjadi perencah dominan gejala lumba haram . Selain itu , pengaruh rakan sebaya menyebabkan remaja terlibat dalam kancah ini umpama "kayu lempung belum ditolak condong sendiri". Ajakan rakan - rakan untuk mencuba gejala ini tidak sanggup ditolak kerana sikap setia kawan yang ada dalam diri serta ingin menunjukkan kehebatan yang dimiliki , senario ini persis dengan kata - kata Alexender Graham Bell iaitu nafsu seseorang akan menyebabkab orang pandai menjadi gila dan orang paling bodoh menjadi pandai.
Sementelahan pula , kurangnya didikan agama antara penyumbang utama berlakunya gejala ini.Ibu bapa seharusnya menunjukkan teladan yang baik dengan cara memberi didikan yang sempurna kepada anak - anak kerana anak - anak ibarat kain putih ibu bapalah yang perlu mencorakkanya. Selain itu , sikap ibu bapa yang berkiblatkan materialistik sehingga melupakan tanggungjawabnya telah menyebabkan remaja beranggapan bahawa ibu bapa mereka tidak sayangkan mereka.
Seterusnya sikap masyarakat yang tidak perihatin atau lebih sinonim di panggil "tidak menjaga tepi kain orang"telah menjadikan gejala ini semakin menular dalam kalangan anak remaja pada era globalisasi ini. Misalnya mereka beranggapan bahawa remaja itu bukan darah daging mereka justeru mereka tidak perlu menghiraukan atau mengambil tahu akan masalah yang dihadapi oleh remaja itu.
Tuntasnya semua pihak perlulah mengembeling tenaga ibarat aur dengan tebing untuk menangani isu ini daripada berakar umbi.Jesteru dengan konsep dan wadah satu Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita yang ke -6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak , marilah bersama -sama kita menghulur tangan , berjabat mesra dan bersatu tenaga demi membina tamadun dan kemajuan negara yang aman.

New year

Rasanya lama juga Irah menyepi huhuhu..di kesempatan ini irah ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua dan bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan you all must study smart not hard..hehehehe..
huisshhh risau pula bila memikir kan result SPM..bulan satu sudah menjelma tidak lama lagi bulan 2..and coming soon bulan 3..
hope semua budak 5sc berjaya..doakan lah kami semua..;)
sebelum Irah menyimpang lebih jauh Irah ingin mengucapkan
HAPPY NEW YEAR..

Emak and Ibu Irah cakap benda yang baik kita perbaiki lagi supaya jadi lebih lebih baik manakala , perkara yang buruk haruslah kita tinggalkan hal ini kerana ALLAH tidak akan mengubah nasib seseorang itu sekiranya orang itu tidak akan mengubah nasibnya sendiri..;)