Punca - punca berlakunya gejala lumba haram(Up 1)

Belakangan ini isu lumba haram menjadi isu hangat di dada akhbar ibarat pisang goreng panas . Menurut kamus Dewan Bahasa lumba dikonotasikan sebagai bersaing , Manakala haram bermaksud perkara yang tidak boleh dilakukan . Persoalannya  apakah punca - punca berlakunya gejala lumba haram?
Perasaan remaja yang berdarah setampuk pinang menjadi perencah dominan gejala lumba haram . Selain itu , pengaruh rakan sebaya menyebabkan remaja terlibat dalam kancah ini umpama "kayu lempung belum ditolak condong sendiri". Ajakan rakan - rakan untuk mencuba gejala ini tidak sanggup ditolak kerana sikap setia kawan yang ada dalam diri serta ingin menunjukkan kehebatan yang dimiliki , senario ini persis dengan kata - kata Alexender Graham Bell iaitu nafsu seseorang akan menyebabkab orang pandai menjadi gila dan orang paling bodoh menjadi pandai.
Sementelahan pula , kurangnya didikan agama antara penyumbang utama berlakunya gejala ini.Ibu bapa seharusnya menunjukkan teladan yang baik dengan cara memberi didikan yang sempurna kepada anak - anak kerana anak - anak ibarat kain putih ibu bapalah yang perlu mencorakkanya. Selain itu , sikap ibu bapa yang berkiblatkan materialistik sehingga melupakan tanggungjawabnya telah menyebabkan remaja beranggapan bahawa ibu bapa mereka tidak sayangkan mereka.
Seterusnya sikap masyarakat yang tidak perihatin atau lebih sinonim di panggil "tidak menjaga tepi kain orang"telah menjadikan gejala ini semakin menular dalam kalangan anak remaja pada era globalisasi ini. Misalnya mereka beranggapan bahawa remaja itu bukan darah daging mereka justeru mereka tidak perlu menghiraukan atau mengambil tahu akan masalah yang dihadapi oleh remaja itu.
Tuntasnya semua pihak perlulah mengembeling tenaga ibarat aur dengan tebing untuk menangani isu ini daripada berakar umbi.Jesteru dengan konsep dan wadah satu Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita yang ke -6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak , marilah bersama -sama kita menghulur tangan , berjabat mesra dan bersatu tenaga demi membina tamadun dan kemajuan negara yang aman.

No comments: